Posts

078: Bercanda

Image
Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia membiarkan kita menemui kegagalan. Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia menimpakan kita dengan musibah. Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia membiaskan kita dengan kehilangan. Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia suapkan kita dengan berita kematian. Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia mengetuk-getuk hati kita tiap kali kita mengataNya bercanda, meniup angin lembut keinsafan, memberi ingat pada akal yang lupa. meniup angin sayup keindahan, memberi hidup pada hati yang mati. Lalu siapa yang sebenar-benarnya bercanda. Kita atau Dia?

077: Syukur

Image
Syukur. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Aku percaya apa sahaja yang ada pada aku sekarang sudah cukup bagiku.  Terlebih cukup sehinggakan ada nikmat yang aku rasa tidak layak untuk aku rasakan. Tapi aku lebih bersyukur rasanya pabila Dia tarik sedikit nikmat itu daripada aku. Dia gagalkan aku dalam sesuatu, untuk mengingatkan aku pada kelemahan. Yang setinggi manapun kita, ada waktu kita jatuh terluka untuk mengingatkan kita bahawa kita sentiasa berpijak pada tanah, pada kehinaan darjat kita sebagai hamba. Dia biarkan aku melakukan silap, untuk mengingatkan aku pada dosa. Yang selamanya, perjuangan kita melawan diri sendiri itu sentiasa, setiap masa, setiap saat. Selalunya lebih banyak dosa kita buat dalam hati dan benak fikiran dari apa yang terzahir secara fizikal. Perang ini berterusan, sehingga kita terkubur ke tanah. Dia tarik seseorang aku sayang, untuk mengingatkan aku pada ...

076: Of feelings and emotions

Image
Don't be deceived by me, I'm good at wearing mask. 

075: Ho ho ho

Image
It's ho ho holidaaayyy babeh ! The superbly long awaited holiday is now on. I can't believe myself for actually survived this semester. Tho I'm pretty sure my result will turn out so bad ( i mean terribly bad!)  if compared to previous semester's. But who the hell cares? Seeing all the circumstances that had been put up against me, I'd say, it's a miracle if I come out of it unscratched.  Hopefully I managed to fill this holiday with beneficial stuff. I am currently still listing out things that I wish to do. Better to list out now before I get distracted and waste all my precious doing time-waster stuffs.  1. Read books. ( and to help me pick up which one to read among the dozens, I think it's almost appropriate for me to list out which one I should be reading this hols ) Roopa Farooki's Bitter Sweets George Orwell's 1984 Harumi Murakami's Norwegian Wood Carlos Ruiz Zafon's The Shadow of the Wind Nathaniel Hawthorne...

074: Surat untuk Dia

Sejujurnya, pada saat dan tika ini, aku tidak rasa ada apa lagi yang aku harapkan pada dunia, t iada lagi alasan untuk aku terus menanti esok,  kecuali kerana Kamu, ya Rabb dan juga umi dan juga keluarga. Aku tidak tahu mana hilang cita aku,  mana impian aku untuk kerahkan segalanya demi menjaga manusia sejagat  tatkala terlihat manusia menjadi terlalu jijik kerana cinta dunia. H ilang naluri kemanusiaan kerana terlalu mengejar cita. Tinggi gunung cita yang kau capai , belum tentu sedalam itu cinta kau pada Dia. Mungkin aku patut lebih jujur dengan diri aku sendiri, aku tahu Kau lebih tahu apa yang tersimpan disebalik senyuman ini. aku tahu Kau lebih mengerti apa hikmah yang kau mahu sampaikan pada aku. tapi aku mohon Kau permudahkan sedikit jalan ini. ada tahap di mana aku rasa tak tertanggung. ada masanya di mana aku rasa aku tidak mampu lagi sembunyikan wajah yang ku simpan ini. Betul kata awak , say...

073: Kapten Kapal

Dalam banyak lelaki yang aku kenal, jatuh cinta, bergaduh, bergelak ketawa, bermanja, buat keras kepala. Ini sahaja lelaki yang tetap melekat di sisi aku. Ini sahaja lelaki yang tetap rasa aku cantik walau huduh mana aku, Ini sahaja lelaki yang tetap sayang aku walau perangai aku tak senonoh. Ini sahaja lelaki yang boleh tahan berkelahi dengan kedegilan aku. Seronggak-ronggak gigi ayah, Sebuncit-buncit perut ayah, Macam mana pun ika tetap sayang. Ayah,  Kapten kapal perlu kuat untuk jaga kelasi-kelasi dia. Takut nanti kapal tenggelam kena sedut Kraken. Aye aye, captain! p/s: Mohon doakan kesejahteraan & kesihatan ayah saya yg kini berada di wad ccu, Hospital Selayang. Masih lagi taktau apa sakitnya. 

072: Tarik

Apa apa yang Kau nak buang, nak uji, nak campak, nak tarik dari aku. Aku serah saja. Asal bukan cinta Kau pada aku. Atau cinta aku pada Kau. p/s: Tapi aku mohon beri aku kekuatan lebih untuk yang ini.