Posts

Showing posts from March, 2013

078: Bercanda

Image
Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia membiarkan kita menemui kegagalan. Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia menimpakan kita dengan musibah. Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia membiaskan kita dengan kehilangan. Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia suapkan kita dengan berita kematian. Tuhan itu dikatanya bercanda, pabila Dia mengetuk-getuk hati kita tiap kali kita mengataNya bercanda, meniup angin lembut keinsafan, memberi ingat pada akal yang lupa. meniup angin sayup keindahan, memberi hidup pada hati yang mati. Lalu siapa yang sebenar-benarnya bercanda. Kita atau Dia?

077: Syukur

Image
Syukur. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Aku percaya apa sahaja yang ada pada aku sekarang sudah cukup bagiku.  Terlebih cukup sehinggakan ada nikmat yang aku rasa tidak layak untuk aku rasakan. Tapi aku lebih bersyukur rasanya pabila Dia tarik sedikit nikmat itu daripada aku. Dia gagalkan aku dalam sesuatu, untuk mengingatkan aku pada kelemahan. Yang setinggi manapun kita, ada waktu kita jatuh terluka untuk mengingatkan kita bahawa kita sentiasa berpijak pada tanah, pada kehinaan darjat kita sebagai hamba. Dia biarkan aku melakukan silap, untuk mengingatkan aku pada dosa. Yang selamanya, perjuangan kita melawan diri sendiri itu sentiasa, setiap masa, setiap saat. Selalunya lebih banyak dosa kita buat dalam hati dan benak fikiran dari apa yang terzahir secara fizikal. Perang ini berterusan, sehingga kita terkubur ke tanah. Dia tarik seseorang aku sayang, untuk mengingatkan aku pada kehi