Posts

Showing posts from August, 2012

058: Merdeka

Tanah ini merdekanya sudah, subur indah penuh hijaun. Namun, kaki yang memijak dan menghinjak penuh mega, merdekakah sudah? Salam Merdeka ke-55.  Moga kemerdekaan ini membolosi seluruh hati, jantung dan tanah air kita.

057: Buat anak anak

Jika aku berpeluang menemukan anak anak, akan aku ajar mereka ilmuNya akan aku kenalkan mereka pada cintaNya akan aku ceritakan kisah kisah mereka dan kami semua akan aku ingatkan pada perbuatan yang tak mahu diulang biar  hati terang, hati tenang hati senang. moga cinta mereka padaNya lebih dari segala lalu dipadam segala kehitaman yang membutakan dan dihapus segala kebencian yang mendustakan biar aku terpandang sisi gelap ini tak mahu aku kenalkan pada mereka biar aku terdiam menangisi tak mahu aku lihat mereka tanpa tawa

056: too many things to learn, too little time

When the story unveils, the secret reveals. the mind enlightens. the soul enriches. Read. Learn. Discover. Be inspired!

055: hukuman

Ingin rasanya ditampar mukaku sendiri Biar sedar,  Biar terjaga dari mimpi mimpi kosong yang tampak asyik kononnya yang tiada keindahannya jika dilihat tajam oleh mata telus Apa yang ada dalam benak fikirku  entahnya berpelakuan sebegini tidak pula badan ini menafi mengata tidak tidak pula hati ini berdegil menghalang Ah, sudah Ini hamparan ujian mungkin Biar terhampak, terhempas kasar Jatuh terjelopok di hamparan Menyentak hati, badan dan minda Biar hati ini berdegil Biar badan ini menafi Biar minda ini berfikir Masa untuk belajar lebih dalam Dan bangun dari asyik semalam

054: Bahagia aku lain sifatnya

Kalau saya betul betul sayangkan awak Pasti saya patut tersenyum melihat awak gembira bukan? Tapi hati ini masih sakit, kerana berharap sayalah orangnya yang buat awak gembira. nyata hanya harapan sahaja yang ada. Tak mengapalah. Asal awak senyum bahagia. Cliche bukan? Tapi inilah kebahagian aku sekarang. (Kau takkan paham jika kau tak jumpa cinta pertama seperti dia)

053: Ini tapak siramnya

Aku marah, tatkala dibawanya dia pergi jauh dari aku Aku marah dan kecewa. Aku persalahkan semuanya. Aku mempersoal semuanya. Mana mungkin dapat ditanggung berkali kali dijauhkan. berkali kali dipisahkan. Aku juga mahu gembira Aku juga mahu tersenyum dan ketawa Aku marah pada Dia ternyata buta hati aku waktu itu ternyata kabur sungguh penglihatan hati ini ternyata aku sudah dibutakan mata hatinya Mana mungkin aku sebegini dekat padaMu Mana mungkin aku sedar harga cinta sebenar Mana mungkin aku terbangun dari tipuan lena Jika mataku hanya terpandang pada disini Disana itu jauh lagi, tak terbayang indahnya. Maafkan aku kerana lupa pada Cinta Disana kerana terlalu mencari cinta di sini.

052: hey youuu episode two (rhyme kan?)

Dear you, She loves you very much indeed, but you failed her you failed her big time. Even after that she loves you still. but you hate her now you hate her so much,  that it hurts as much. Like thousand needles pierced through her heart. But even after that she loves you still. Stupid isn't she? I felt like laughing but really, hey, Stupid isn't she? Maybe one day she'll finally get over you. p/s: save me

051: Hey baby youu

Image
Dear you, you have so much hatred in your hearts it's really amazing how you can keep up your life with it. you have so much negativity in you it's really amazing, Wow! how can you simply love that person and poof! all of the sudden you just hate them without any apparent fight or reason? This side of you is really a brilliant surprise.  and to add it up, it's Ramadhan and there's no devil to whisper to you of sweet nothing. See how it goes? It's time for self reflection, man. Really. Oh by the way, I'm no good either but that's why I don't resort to hatred and passing judgement. I'm no good really and that's why I won't be adding any more syillings on my book of sins. I do realise all my flaws & imperfections, there's too much in fact. Don't mess with people. Who are we to mess with them beside God.  " Bila kita menghina orang lain sesungguhnya kita sedang memperlihatkan kehinaan akhlak kita s

050: Hey baby it's time

Allah pull certain people out of your life so that He can put a few others more into it. Thanks fr coming into my life. :)

049: hai

keep calm  and study p/s: terima kasih awak awak sekalian. :3

048: titik noktah

..mungkin dah takda apa untuk aku tunggu lagi

047: Murah

Babi cilaka murah betul nilai persahabatan kau Babi cilaka hati aku ni bodoh juga masih simpan harapan kat kau Kau sedar tak berapa hati yang kau dah patahkan Kau pikir hati kau seorang Kau sedar tak berapa hati yang kau kecewakan Kau pikir hati kau seorang Babi cilaka hati ni pon tolonglah berhenti terlalu sayangkan orang yang tak perlu. Babi cilaka bodohnya aku. p/s: Maaf atas eksesi carutan. Aku penat bersabar dengan onar manusia. 

046: Jarum & Benang

Kau pula nak tinggalkan aku sekarang? Hah, baguslah! Pergi. Lepak jap, aku nak cari Jarum & Benang. aku nak jahit hati ni sikit sebelum koyak rabak lagi.

045: Masa untuk berhenti

Benci sangat rupanya kau kat aku. Benci sangat sangat rupanya, Apalah yang aku buat. Patut aku kasi campak je hati aku ni. Penuh dengan nama kau Penuh dengan ingatan pada kau Penuh dengan perasan pada kau Penuh dengan harapan pada kau Patut aku kasi campak hati aku ni, biar berderai,  biar sakit. biar perit. biar mati. Biar berderai kat lantai, Biar kau juga sakit terpijak butir butirnya. Biarkan sahaja butir butirnya berselerak, Tak berkutip. Aku mahu lari jauh Biar sahaja dia berderai di situ Biar! Satu hari akan ada yang sudi kutipnya satu satu Akan ada yang cukup kental untuk mengejar Kejar aku walau sejauh mana aku berlari Lekatkan semula satu per satu butirnya Dan penuhkan dengan nama dia pula   Aku tunggu kau, siapa pun kau, Aku tunggu.

044: Burung Ostrich

Tahu tak burung Ostrich? Dia ada satu perangai yang dia akan gali lubang  kemudian dia masukkan kepala dalam lubang tu. haa, tulah yang aku rasa nak buat sekarang. P/S: Walaupun ni bukanlah satu fakta biarlah aku nak percaya perangai Ostrich yang satu ni