057: Buat anak anak
Jika aku berpeluang menemukan anak anak,
akan aku ajar mereka ilmuNya
akan aku kenalkan mereka pada cintaNya
akan aku ceritakan kisah kisah mereka dan kami semua
akan aku ingatkan pada perbuatan yang tak mahu diulang
biar
hati terang,
hati tenang
hati senang.
moga cinta mereka padaNya lebih
dari segala
lalu dipadam segala kehitaman yang membutakan
dan dihapus segala kebencian yang mendustakan
biar aku terpandang sisi gelap ini
tak mahu aku kenalkan pada mereka
biar aku terdiam menangisi
tak mahu aku lihat mereka tanpa tawa

Comments