Posts

Showing posts from July, 2012

043: Rapuh

Sudahlah, hati dah habis rapuh, tapi masih lagi berharapan, masih lagi nak percaya. lawak juga ni lawak. berapa kali nak kena pecah baru nak tutup? baru nak sedar, ini semua palsu semata? tidurlah kau buat sementara. nanti bangunlah bila dah cukup sedia. dah cukup masa.

042: Exfoliate

ini masa untuk aku maafkan semuanya maafkan kau, kau, kau dan juga kau tak lupa maafkan diri sendiri tapi kau aku kental sikit nak maafkan aku ada benci sangat benci kau, benci diri sendiri bak api meluap melahap hati benci sangat sampai buat aku menangis sampai mati tunggulah nanti biar Tuhan lembutkan hati biar Tuhan sedapkan hati

041: Cleanse

jangan biar hasrat sahaja perlu zahir dalam perbuatan jangan biar buat sahaja perlu letak hati sekali ini masa untuk aku kasi sental itu hati hitam sungguh berdebu sudah rasanya bukan kerana parah kecewa tapi mungkin terlalu banyak benci  terlalu banyak dosanya terlalu banyak lupa terlalu banyak dunia terlalu banyak suka terlalu banyak semuanya

040: Lumpuh

Aku mahu lari dari dunia Mencari daerah asing yang lain dari apa adanya disini Aku mahu cinta hanya kau dan Dia tapi ternyata hanya Dia yang kekal di sisi Bodohnya manusia menggali emas Akhirnya ditimbus di tanah juga Cinta di hati penuh terasa kebas Sakit juga yang dirasanya Biarlah kau pergi, aku biarkan Biarlah aku menyendiri, kau biarkan Biar Dia sahaja yang menemani Biar Dia sahaja yang kutangisi Bebasnya burung terbang di udara Kan kembali ke sarangnya jua p/s: ini post yang ke-200. :')