.pesanan penaja. ;)

Aug 25, 2012

055: hukuman

Ingin rasanya ditampar mukaku sendiri
Biar sedar, 
Biar terjaga
dari mimpi mimpi kosong yang tampak asyik kononnya
yang tiada keindahannya jika dilihat tajam oleh mata telus

Apa yang ada dalam benak fikirku 
entahnya berpelakuan sebegini
tidak pula badan ini menafi mengata tidak
tidak pula hati ini berdegil menghalang

Ah, sudah
Ini hamparan ujian mungkin
Biar terhampak, terhempas kasar
Jatuh terjelopok di hamparan
Menyentak hati, badan dan minda
Biar hati ini berdegil
Biar badan ini menafi
Biar minda ini berfikir


Masa untuk belajar lebih dalam
Dan bangun dari asyik semalam
♥ anda suka? sila tekan ini sini.

0 responsi:

 

Blog Template by YummyLolly.com