045: Masa untuk berhenti

Benci sangat rupanya kau kat aku.
Benci sangat sangat rupanya,
Apalah yang aku buat.


Patut aku kasi campak je hati aku ni.
Penuh dengan nama kau
Penuh dengan ingatan pada kau
Penuh dengan perasan pada kau
Penuh dengan harapan pada kau


Patut aku kasi campak hati aku ni,
biar berderai, 
biar sakit.
biar perit.
biar mati.


Biar berderai kat lantai,
Biar kau juga sakit terpijak butir butirnya.
Biarkan sahaja butir butirnya berselerak,
Tak berkutip.

Aku mahu lari jauh
Biar sahaja dia berderai di situ
Biar!





Satu hari akan ada yang sudi kutipnya satu satu
Akan ada yang cukup kental untuk mengejar
Kejar aku walau sejauh mana aku berlari
Lekatkan semula satu per satu butirnya
Dan penuhkan dengan nama dia pula  
Aku tunggu kau, siapa pun kau,
Aku tunggu.

Comments