.pesanan penaja. ;)

Mar 19, 2013

078: Bercanda



Tuhan itu dikatanya bercanda,
pabila Dia membiarkan kita menemui kegagalan.

Tuhan itu dikatanya bercanda,
pabila Dia menimpakan kita dengan musibah.

Tuhan itu dikatanya bercanda,
pabila Dia membiaskan kita dengan kehilangan.


Tuhan itu dikatanya bercanda,
pabila Dia suapkan kita dengan berita kematian.


Tuhan itu dikatanya bercanda,
pabila Dia mengetuk-getuk hati kita tiap kali kita mengataNya bercanda,
meniup angin lembut keinsafan, memberi ingat pada akal yang lupa.
meniup angin sayup keindahan, memberi hidup pada hati yang mati.




Lalu siapa yang sebenar-benarnya bercanda.
Kita atau Dia?



♥ anda suka? sila tekan ini sini.
 

Blog Template by YummyLolly.com