074: Surat untuk Dia
Sejujurnya, pada saat dan tika ini,
aku tidak rasa ada apa lagi yang aku harapkan pada dunia, tiada lagi alasan untuk aku terus menanti esok, kecuali kerana Kamu, ya Rabb dan juga umi dan juga keluarga.
Aku tidak tahu mana hilang cita aku, mana impian aku untuk kerahkan segalanya demi menjaga manusia sejagat tatkala terlihat manusia menjadi terlalu jijik kerana cinta dunia. Hilang naluri kemanusiaan kerana terlalu mengejar cita.
Tinggi gunung cita yang kau capai,
belum tentu sedalam itu cinta kau pada Dia.
Mungkin aku patut lebih jujur dengan diri aku sendiri,
aku tahu Kau lebih tahu apa yang tersimpan disebalik senyuman ini.
aku tahu Kau lebih mengerti apa hikmah yang kau mahu sampaikan pada aku.
tapi aku mohon Kau permudahkan sedikit jalan ini.
ada tahap di mana aku rasa tak tertanggung.
ada masanya di mana aku rasa aku tidak mampu lagi sembunyikan wajah yang ku simpan ini.
Betul kata awak,
saya dah terlalu banyak berlakon, sampai realiti juga menjadi pentas lakonan saya.
tapi...
bukankah semua manusia pun sememangnya begitu?
Comments