Posts

Showing posts from October, 2012

066: Silam dan aku

Image
jengking bila aku kata "aku tak suka konfrontasi", percayalah-- aku sedang menyelamatkan engkau dari aku. kebinatangan dalam diri ini akan keluar, bila berada di saat genting. percayalah-- di konfrontasi-- aku lebih bisa dari jengking. - diambil dari blog FynnJamal, sini --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Sungguh aku tidak suka pada konfrantasi yang asasnya dari salah fahaman. Ingin aku nyatakan disini Silam itu abstrak sifatnya. Kau boleh letak Silam sebagai sesuatu, tapi sungguh pon begitu Silam tidak akan sempurna tanpa ada yang lainnya. Silam untuk aku tidak spesifik, jisimnya seperti udara, tiada bentuk. Kau boleh letak Silam kau seperti air, yang berubah mengikut bentuk. Tapi dalam cerita aku silam itu lebih general. Aku harus akur yang bukan semua hasil tulis kita boleh diintrepretasi secara bulat bulat mengikut susur yang kita aturkan. Semua ad...

065: Menyelam dalam Silam yang kelam

Image
"Segala yang silam memang tak mustahil tinggal kenangan dan akhirnya dilupakan,  tapi tak berarti lenyap senyap sekali. Mereka hanya tenggelam, mungkin amat dalam, menghendap di dasar palung ingatan. Menjadi bagian tak terpisahkan dari diri kita. Suatu waktu, manakala terusik rangsangan situational yang relevan, endapan itu dapat merayak ke permukaan sebagai laku yang mungkin tak terduga oleh akal sehatmu" - Sitok Srengenge Dalam hati aku, penuh penipuan. Aku kata Silam tidak akan menyentuh peribadiku sebagai insan. Ternyata aku hanya menipu diri sendiri. Silam terlalu banyak menyentuh aku, hingga hangat sentuhannya masih berbisa di kulitku. Hingga menjadi sebahagian wajah, tangan, dan badanku. Aku disentuh Silam, dirogol Silam, dihenyak Silam hingga aku tidak tahu siapa sebenarnya aku jika Silam tidak mendatang. Baik buruk Silam itu, terpaksa aku gagahkan jua kerana Silam telah mencubit aku ke alam nyata dan membentuk aku dalam jasad pemikiran sebegini.  Ya, a...

064: Awak

Dia cantik tampaknya  lembut  bersantun sesuai  Saya? tiada apa hanya ada cinta yang disimpan  berkarat di dalam laci hati saya hanya ada Tuhan sahaja dan mereka mereka yang mendekatkan saya pada Dia mereka jantung hati saya Harapnya awak jumpa bahagia yang awak cari

063: wanita

hari ini, banjir lagi kalis matanya hari ini, runtuh lagi jiwanya ya,  wanita yang bersuara keras, yang berlagak kasar yang berpura kuat itu  ternyata sudah penat dengan onar dan domba dengan sayang yang dusta ternyata  semuanya mengecewakan hari ini, banjir lagi kalis matanya hari ini, runtuh lagi jiwanya ya, kerana dia yang berlari pergi tapi juga kerana Dia yang sentiasa di sisi

062: Day #1

Image
Day 1: hopes, dreams, and plans for the next 365 days with a picture of yourself I finally decide to accept the 365 Day Challenge considering my lack of ideas to write something here. I felt the urge to write, but none actually came out of me and this very page was left with old post covered in dust.  So, hurmmm. Hopes, dreams & plans eh? I don't know whether this can be achieved in the time of a year from the moment I wrote them down but I hope by that time, at least I would be a bit near towards reaching them.  1. Each day, I hope that I am a step closer to Allah. This would be my topmost wish. Forever. And for all of you out there. I want to learn more, practice more & love more about my Creator and my Faith. 2. To increase my CGPA and . If it was for me, I am just content for having to learn something I am very passionate about. A great result would be a bonus for me but a great result would be a gift for my parents. So, this one goes especiall...