.pesanan penaja. ;)

Oct 23, 2012

065: Menyelam dalam Silam yang kelam

"Segala yang silam memang tak mustahil tinggal kenangan dan akhirnya dilupakan, tapi tak berarti lenyap senyap sekali. Mereka hanya tenggelam, mungkin amat dalam, menghendap di dasar palung ingatan. Menjadi bagian tak terpisahkan dari diri kita. Suatu waktu, manakala terusik rangsangan situational yang relevan, endapan itu dapat merayak ke permukaan sebagai laku yang mungkin tak terduga oleh akal sehatmu" - Sitok Srengenge



Dalam hati aku, penuh penipuan. Aku kata Silam tidak akan menyentuh peribadiku sebagai insan. Ternyata aku hanya menipu diri sendiri. Silam terlalu banyak menyentuh aku, hingga hangat sentuhannya masih berbisa di kulitku. Hingga menjadi sebahagian wajah, tangan, dan badanku. Aku disentuh Silam, dirogol Silam, dihenyak Silam hingga aku tidak tahu siapa sebenarnya aku jika Silam tidak mendatang. Baik buruk Silam itu, terpaksa aku gagahkan jua kerana Silam telah mencubit aku ke alam nyata dan membentuk aku dalam jasad pemikiran sebegini. 

Ya, aku hanya insan gagal yang meraung dalam sengsara Silam. Aku juga kadang terharu dalam keindahan Silam. Mahu melupa tapi apakan daya, Silam itu sebahagian dari peribadi aku bukan? 

Silam itu aku.
Silam itu aku.

Aku harap, buruk baik Silam, Kau terima aku seadanya. 
Kau juga yang mengiyakan kejadian Silam itu.
Kau juga yang mengiyakan kejadian aku.


♥ anda suka? sila tekan ini sini.

0 responsi:

 

Blog Template by YummyLolly.com