.pesanan penaja. ;)

Aug 17, 2010

Chapitre 8.8: di rumah oren yang kecil itu.


kalau rumah 15 minit je dari kampus, boleh tak nak homesick jugak? 


ish, baru je sehari. tapi dah rindu lahh nak makan masakan umi.

nak tengok berut buncit ayah yang bulat seperti mengandung 9 bulan. dan badannya yang merupakan pengeluar minyak terbesar di dunia. anda tak mungkin dapat nampak beliau dalam suasana gelap kerana kulitnya yang tersangatlah gelap tu. ayah kan suka kalut2 dalam semua benda yang beliau lakukan.

nak teman umi pergi shopping and denga cerita2 umi pasal kerenah kawan2 n murid2 beliau dekat sekolah yang tiap2 hari ade je lawaknya. pastu denga umi membebel pasal semua orang kat rumah. n nak rasa umi masak lauk ayam yang sedap2. 

nak rasa kena kacau ngan abang long yg sebok je nak panggil2 orang time saya tgah concentrate nak menuntun muvy kat dalam laptop. die selalu cakap "al-khaluta al-khaluta!" banyak2 kali sbb perangai umi ngan ayah yang cepat kalut. perfume die bau wangi sangat, suka bagi saya bau kalau die ade beli yang baru.

nak kacau husni sambil kejar2 ngan die kat seluruh rumah sebab die geli kena peluk dengan perempuan walopon ngan adek sendiri. bile saya dah tak kacau, sebok pulak nak usik2 org. dah la suka tido je 24 jam kat rumah. sampah masyarakat sungguh. tapi kalau takde beliau memg sangat sunyi rumah kerana mulutnya tak pernah reti nak tutup even time tido pon.

nak usap badan mohsin yang walaupon gelap tapi sangat licin dan halus kalah semua wanita2 yang pernah saya kenal seumur hidup saya. pastu buat lawak 24 jam sampai orang nak marah pon tak jadi. die tergedik-gedik ngan saya bile nak sesuatu daripada saya, tak malu kan? 

nak denga husaini berkata2 bak professor dengan begitu hemat dan skema sekali. die suka cakap lambat lambat sampai rasa penat nak denga die bercerita. dgn gaya n pemikiran dia yang macam orang tua tuu, memg bakal professor lah.

nak tgk soleha gedik2 depan cerman walopon die tu sangat annoying sebab suka sepahkan bilik saya. suara die begitu nyaring sehingga kan bile die bersuara rasa macam boleh gempa bumi satu rumah. kitorg *kecuali umi, ayah ngan abg long* suka pulaukan die sbb prangai die mcm diktator. 

aish aish. rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. T.T
sekarang bulan ramadhan lagi rinduuuuu. 



their imperfection is what makes it even more adorable.
♥ anda suka? sila tekan ini sini.

2 responsi:

seluar_pendek said...

rindu jugakk.. haha

kiko kiki lala said...

nanti datanglah melawat. :)

 

Blog Template by YummyLolly.com