091: Ujian
Aku tahu Kau hadirkan dia dalam diri aku.
Sesekali terasa bagaikan nikmat
menumbuh sinar dalam jiwa rasa
membuat aku terasa bernyawa.
Tapi aku juga tahu Kau timbulkan dia
pada hidupku untuk sekali ini
sebagai ujian yang mencengkam
sebagai pertanyaan, "Bukankah Aku sahaja mencukupi buatmu?"
Sejujurnya
Rindu pada Kamu itu lebih dalam rasanya
Cinta pada Kamu itu lebih asyik rasanya
Sayang pada Kamu itu lebih indah rasanya
Dan ya, Kamu sahaja mencukupi buatku.
Apa pun dia, nikmat atau ujian.
Selagi keduanya
mendekatkan aku pada Kamu,
menemui aku kepada Kamu,
membuatkan hati aku terus menangis untuk Kamu,
dia hadiah yang tidak terharga.
Terima kasih.
Sesekali terasa bagaikan nikmat
menumbuh sinar dalam jiwa rasa
membuat aku terasa bernyawa.
Tapi aku juga tahu Kau timbulkan dia
pada hidupku untuk sekali ini
sebagai ujian yang mencengkam
sebagai pertanyaan, "Bukankah Aku sahaja mencukupi buatmu?"
Sejujurnya
Rindu pada Kamu itu lebih dalam rasanya
Cinta pada Kamu itu lebih asyik rasanya
Sayang pada Kamu itu lebih indah rasanya
Dan ya, Kamu sahaja mencukupi buatku.
Apa pun dia, nikmat atau ujian.
Selagi keduanya
mendekatkan aku pada Kamu,
menemui aku kepada Kamu,
membuatkan hati aku terus menangis untuk Kamu,
dia hadiah yang tidak terharga.
Terima kasih.
Comments