Posts

Showing posts from March, 2014

091: Ujian

Aku tahu Kau hadirkan dia dalam diri aku. Sesekali terasa bagaikan nikmat menumbuh sinar dalam jiwa rasa membuat aku terasa bernyawa. Tapi aku juga tahu Kau timbulkan dia  pada hidupku untuk sekali ini sebagai ujian yang mencengkam sebagai pertanyaan, "Bukankah Aku sahaja mencukupi buatmu?" Sejujurnya Rindu pada Kamu itu lebih dalam rasanya Cinta pada Kamu itu lebih asyik rasanya Sayang pada Kamu itu lebih indah rasanya Dan ya, Kamu sahaja mencukupi buatku. Apa pun dia, n ikmat atau ujian. Selagi keduanya  mendekatkan aku pada Kamu, menemui aku kepada Kamu, membuatkan hati aku terus menangis untuk Kamu, dia hadiah yang tidak terharga. Terima kasih.