Posts

Showing posts from November, 2013

085: Kembali ke sini

Aku singgah semula ke sini,  kerana dunia lain seakan mencengkam, dan membunuh jiwa aku. Bukan ini bukan persinggahan.  Ini rumah aku di alam maya, tempat aku lari semula untuk terus kembali waras. p/s: Dan aku kembali mengisi kalian dengan dua puisi (?) yang aku simpan dalam kota draft aku buat sekian lama. Aku post keduanya sebab rasanya macam bertepatan dengan situasi aku sekarang. Heh, konon. Dah. Bai. *awkward*

084: Sebentar sahaja

Bagaikan angin, datangnya seketika. Meniup dan berlalu lembut di pipi Menari dalam buai yang mengasyikkan Jiwa terasa tenang dalam indahnya ia Disaat pergi, dicarinya lagi sehingga terpijak duri duri  terluka diri kadang langkah itu membawa ke tepi kelam dan membenam sepertinya dalam mimpi memanah jiwa sepi penat perjalanan ini jauh sekali entahkan bila datangnya lagi harapkan angin meniup pergi

083: Kau, aku & dia.

Suka? ya aku pernah suka kamu. tapi ini bukan cinta. Suka? ya tak perlu aku selindung, tapi lain keindahannya. Jangan ganggu cinta aku hanya kerana perasaan suka. Jangan ganggu getar hati ku, kerana yang ini untuk selamanya. cinta aku pada dia. dan juga Dia yang satu. cinta aku pada dia, tiada lain. cinta aku pada Dia, itu abadi.