.pesanan penaja. ;)

Jul 13, 2013

081: Dalam keterlupaan, rindu itu menjengah.

Sudah lama rasanya jari jemari tidak menapak di ruangan ini.
Rindu.

Tapi dayanya tiada.
Benak ini lebih suka menyendiri.
Menapak dalam ruang fikir sendiri.

Terasa dalam tempoh waktu ini,
kata-kata dan tulisan bukanlah aspirasi dalam melampiaskan rasa.

Terlalu asyik termakan pujuk rayu alam fana.
Terlalu risau akan sesuatu yang pastinya tiada.
Terlalu mengeluh pada perkara yang selayaknya diludahkan.

Aku mengikut arus.
Sehingga tenaganya tiada untuk ke tebing.
Aku kalah buat sekian waktu.
Sehingga terpaku aku bila ditampar.

Nah rasakan,
selayaknya dihenyak sahaja kerana mendusta.
Melupa.
Ah, manusia. Itulah ragamnya.

Sudah banyak Dia beri,
apa lagi yang mahu dicari.
Lunaskan sahaja rindu di hati.
Kerana Dia, itu pasti.


Tiada waktu yang lebih baik untuk bulan Rahmat ini tiba.
Kerana cahayanya terang sehingga membangunkan aku.
Terkesima.

....masa untuk kembali.
♥ anda suka? sila tekan ini sini.

0 responsi:

 

Blog Template by YummyLolly.com