026: Berakhirnya minggu minggu neraka
My life has been in turbulent period all this while.
Tak salah rasanya jika aku katakan 3 minggu selepas mid-semester break ini adalah yang paling neraka buat aku sepanjang hidup di UIA. Neraka dunia je lah, pastilah tak sedahsyat neraka yang hakiki. Apa pun disebalik kenerakaan itu, ada indahnya juga. Banyak indahnya, jika difikir semula.
Dan aku rasa, selama 3 minggu ni, aku ada sedikit masalah untuk menulis. lagi lagi dalam Bahasa Inggeris. Masalah ni, macam mana gue ingin menyiapkan assignment jika haramm jadah English dah berterabur? dan haram jadah assignment aku ni terusik, memang dah lama bertangguh pon *muka panik*. Dah lama tak membaca mungkin (?). Takpe kita kasi settle minggu ni jugak.
Haaa, kerja dah makin surut ni, bolehla aku mula baca buku secara tegar semula.
Baidewei, aku tengah baca buku Mautopia sekarang, karya Ridhwan Saidi. Untuk penulis Malaysia, aku sangat respek sama lu sebab berani tulis dalam genre Distopik. Tak kisah la menjadi ke tak, tapi percubaan tu pon dah cukup buat aku teruja. Bukan semua boleh garap kasi sedap, banyak komplikasinya. Dan setakat yang aku baca, satu perkataan yang dapat aku ungkapkan; STYLE! Jadi tolong jangan hampakan aku dipertengahan dan pengakhiran cerita. Aku nampak sikit kesinisan Encik penulis tentang dunia realiti kita sekarang melalui penulisan ini, harapnya aku dapat nampak keseluruhan gambaran mesej yang beliau mahu sampaikan.
Itu sahaja mungkin, sekian.
p/s: first time jadi Emcee untuk event budak Engine. Dekat CAC pulak, wa cakap sama lu. terabur tak terabur, aku tetap bangga untuk percubaan ni. B)
Comments