004: 10A kira berjaya la tu ye?

Sometimes, you just plain tired of hearing people comments and remarks once they get to know that you are currently pursuing your study in English Linguistic & Literature courses. Some people, yes they do have a good perception with people like us but others simply underestimate us. 

Kau pernah belajar bersungguh-sungguh, tanam cita tinggi-tinggi dan capai keputusan yang cemerlang tapi kau ada rasa kekurangan, seolah-olah kau tak rasa cukup puas dengan apa yang kau buat? itu lah apa yang aku rasa masa habis SPM. Dengan keputusan 10A 1B, mestilah kau akan pikir, apa lagi yang aku nak? kalau apply scholar, InsyaAllah ada keizinan mungkin akan dapat dan tentunya lagi baik pursue courses yang dikira 'bagus' dan 'hebat' macam Engineering, Medic, Architecture, Biotech dan seangkatan dengannya. tapi apesal aku still rasa aku ni loser? 

N the fact yang kau merupakan seorang bekas pelajar SBP yang memang sudah ditanam dengan satu pemikiran yang kau dikira berjaya dengan berapa banyak As kau dapat capai dalam SPM, berapa banyak aktiviti koko yang kau masuk, n berapa banyak jawatan yang kau pegang. Kemudian, kejayaan kau akan nampak lagi gah kalau kau berjaya dapat tajaan, pergi luar negara takpon still belajar dalam negara tapi berjaya enroll universiti bagus bagus. pastu nak nak pulak kau amek course yang gah gah basically Science stream & yang dianggap susah n menjamin kerjaya mantap setelah kau graduate lagi lah kau dipandang tinggi. itulah mindset time belaja kat SBP dulu, seriusss. tapi aku rasa mindset ni bukan tertakluk kat SBP je, dia dah berjangkit kat seluruh Malaysia.


Hari Anugerah Cemerlang (March '09)

N you know what? To the hell with that! nak tahu ape itu benar benar kejayaan? 


kaw buat apa yang kau cinta.
kau belajar apa yang kau minat.
kau hayati ilmu yang memberi kau pengetahuan tentang sesuatu yang baru,
tapi ilmu tu juga beri kau peringatan tentang sesuatu yang kau dah tahu, tapi dah lupa,
kau tahu tapi kurang sedar dan tak selalu beri perhatian.


kita bila belajar, belajar tu kena datang dari hati.
dari denyut nadi yang tak henti mengalirkan darah ke seluruh tubuh kita.
bukan hanya guna kepala otak kita yang bukannya all the time betul pon.
kena guna hati sekali, guna perasaan, guna emosi.


mengejar ilmu itu indah, sangat indah sebenarnya.
sebab ilmu itu mampu gegar kan seluruh naluri kau.
sebab ilmu itu mampu buat kau terkesima
sebab ilmu itu buat kau sedar, 
besar mana kau,
hebat mana kau,
kaya mana kau,
fofuler mana kau,
pandai mana kau,
kau tu sebenarnya besar daki je kat badan orang obese yang beratnya beratus kilogram.


dalam ilmu tu, kau jangan tengok yang zahirnya sahaja.
kalau kau betul teliti, kau hayati kacantikannya,
masa kau baca baris2 ayat buku teks Sociology tu,
kau boleh mengalirkan air mata *touching sorang sorang la ni kiranya*
sebab kau terharu,
kau terpana,
dengan maksud mendalam yang lain yang ada kat situ.


ilmu itu buat kau menilai kehidupan dari persepektif yang berbeza.
mungkin cara kau tengok dengan cara aku tengok life tu lain.
tapi apa yang sama adalah keindahannya, kecantikannya.
macam mana dia sentuh hati kau sebagai seorang manusia.
dan akhir sekali macam mana dia bawa kau ke arah cinta 
yang paling agung,
yang paling hakiki,
yang paling indah,
tak lain tak bukan cinta pada Allah swt.




ini yang aku nak sebenarnya.
ini yang aku cari selama ni.


At least aku boleh cakap, 
aku enjoy apa yang aku belajar sekarang,
aku minat apa yang aku belajar sekarang,
aku cinta apa yang aku belajar sekarang.


kalau aku diberi peluang untuk patah balik semula,
aku masih ambil jalan ini.










sekian, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. ;)



Comments

NaEl said…
Even lotsa people cakap SPM penentu hidup di masa hadapan, but it does not necessary mean that the greater number of As you got, the greater mind you have. Ramai je yang tak dapat banyak A time SPM but they manage to get a satisfying job with a great income, and vice versa kan.

About the course you take, pedulikan apa orang cakap. Been there banyak kali, bila orang tau ambil English related course, their reactions selalunya was like, "kerja apa nanti?" or, "jadi cikgu la?". I mean c'mon takkan cikgu je yang belajar English kan -.-

Don't think of what people have to say, just follow your heart, follow your dream. Rezeki setiap manusia, Allah dah aturkan cantik-cantik. For now, just belajar bersungguh-sungguh. Good luck!