untuk kau

kau tahu apa yang aku rasa?
kau tahu?
kau tahu apa yang tersurat di sisi hati aku yang rapuh ini?
kau tahu apa yang aku fikirkan di minda kerdil lagi jahil ini?
tahu? tahu?!


jangan kau perkatakan apa-apa tentang aku, 
jika kau hanya lihat zahirnya dahulu.
jangan kau bawa cerita-cerita palsu,
jika cetek sahaja yang kau tahu.


diamkan sahaja mulut itu,
jika tiada baik yang mampu kau suarakan!
tutupkan sahaja mata itu,
jika tiada indah yang mampu kau lihatkan!


kau tidak tahu aku,
kau tidak tahu sebenar-benarnya aku.


p/s: ini puisi aku yang pertama dalam Bahasa Melayu. harap lepas ni dapat buat lagi banyak puisi dalam bahasa ibunda. 

Comments

nusaibah said…
sy tak tahu, tetapi izinkan sy bertanya. Apa nama tajuk puisi ini?
Maaf kerana saya tidak mampu mendiamkan sahaja mulut ini tanpa suara :P
fawh said…
omg.
poem ni mmg tgh describe aku skrg >.<
kiko kiki lala said…
saibah,
haaa, lupe tulis tajuk. tapi memg takde idea nak bagi tajuk ape. haha. xP
kiko kiki lala said…
fawh,
ini aku memg dedikasi utk sape2 yg penah in this kind of situation.
fatinsuhana said…
what a nice poem girl!

sedap bahasa nya.
would love to read moreee :)

ha'ah. sgt sesuai dgn situation sy :')