Chapitre 8.6: ramadhan




selamat bulan ramadhan!

harapan buat ramadhan kali ini:

1. Dapat khatam Al-Quran
2. Dapat buat solat terawikh selalu. esp. time akhir2 bulan tu. 
3. Tak membeli dengan penuh nafsu semua makanan yang terjual di bazaar. Lalu berbuka puase dengan penuh lahap tanpa mengira saiz perut. 
4. Berjimat cermat dengan duit biasiswa yang ada. start sem ni kesemua wang banyak disalurkan untuk perbelanjaan makanan tambahan yang tidak diperlukan untuk tumbesaran badan. Membazir membazir.
5. Tidak membazir masa lagi dah. Sila belaja balik semua lesson yg dah belaja stakat niyh. Banyak sungguh dah ketinggalan. wuwuwuwuu. T.T
6. Pergi ke kelas Science of Quran awal. Selama ni BELUM pernah walau sekalipon saya dan Rabab hadir ke kelas tersebut pada waktunya. paling awal pon, mesti lambat 10 minits. dan Dr. Ammar pon dah seolah2 annoyed dengan perangai kami berdua. 
    Baeklah. renung2 kan dan selamat beramal ye.


    ps: saya baru habes teater tau. seronok sangat. tapi tiada masa utk post pasal teater lagi. nnty bile sampai seru baru saya buat. ;P

    Comments