Posts

Showing posts from December, 2013

086: Pulang

Aku mahu pulang jauh ke sana. Di negeri kita tersenyum bahagia. Ombak yang menerjah kita tabahkan bersama. Dengan tawa yang menjengah malamnya. Aku mahu pulang jauh ke sana. Di negeri kita bergurau senda. Baik buruknya kita sesama. Bersatu tetap, diterima jua. Aku mahu pulang jauh ke sana. Di negeri punyanya ketua. Kita bergelak dalam tangis duka. Kerana bersama kita bahagia selamanya. Kita. Ya, kita.