061: Ajarkan aku
Bawakan aku terus pada kamu Jangan dekati aku dengan mereka Ajarkan aku cinta Ajarkan aku pahit di sini Ajarkan aku manis di sana Ajarkan aku pada keindahan pada percikan warna dan udara yang kau hembuskan Ajarkan aku pada kesengsaraan pada hati hati buta yang butuh diperingatkan Jika aku jatuh lagi, tersisir jauh dari pandangan itu desir kecil aku harap kau kalihkan mataku ke situ Bukan niatku untuk meminta tapi ini harapan kecil aku yang kerdil kerana aku tahu, kau tidak pernah mengecewakan. Kau tidak akan mengecewakan. Kau adalah satu satunya yang aku pasti. Kau adalah kepastian. Satu satunya kepastian di titik ini.