Posts

095: Seperti dia

Kalaulah dia melihat bintang pada mataku seperti mana aku lihat  ia bersinar-sinar di bola matanya Kalaulah dia merasa getar seperti aku tatkala dia tersenyum menyapa Kalaulah tawaku bisa membuat hatinya segar seperti mana senyum tawanya meruntun hati kecilku Kalaulah aku dilihatnya  sempurna Seperti dia yang kulihat sempurna di balik segala ketidak sempurnaannya Kalaulah aku.. Kalaulah aku... Kalaulah...

094: Buat sekian kalinya.

Aku rindu. Pada lantang suara kau. Aku rindu. Pada gelak tawa kau. Aku rindu. Pada gurau senda kau. Aku rindu. Buat sekian kalinya. Dan rindu ini buat selamanya. Moga kau aman disana. Nantikan aku. Aku akan kembali. Bila tiba masanya nanti.

093: Perkara-perkara asyik

Dia. Dia. Dia. dan juga dia. dia dengan huruf d kecil. ya, aku jumpa dia. atas belas Dia. Dia dengan huruf D besar.

092: Rindu

Buat sekalian kalinya, aku rindu ruang ini. tempat aku memuntahkan buah fikir dan rasa yang terperangkap.  Aku fikir aku boleh hadap semua bising-bising dunia virtual tapi ini tempat terbaik aku untuk merasakan enaknya sendiri. Aku rindu sendiri. Aku rindu berkata tanpa ada yang mengadili. Aku rindu menari-nari di ruang luas sebegini, Aku harus akui, terlalu terikut dengan keasyikan ruang kecil itu. Tapi sejujurnya apa yang dapat aku lunaskan dalam 140 patah perkataan itu, mahupun dalam sekeping gambar itu? Tiada. Jadi, aku kembali ke sini. p/s: Hai awak, rindu. Saya tahu saya selalu take awak for granted. I'm such a fool. You're sexier than twitter, istagram, facebook, or even pinterest.

091: Ujian

Aku tahu Kau hadirkan dia dalam diri aku. Sesekali terasa bagaikan nikmat menumbuh sinar dalam jiwa rasa membuat aku terasa bernyawa. Tapi aku juga tahu Kau timbulkan dia  pada hidupku untuk sekali ini sebagai ujian yang mencengkam sebagai pertanyaan, "Bukankah Aku sahaja mencukupi buatmu?" Sejujurnya Rindu pada Kamu itu lebih dalam rasanya Cinta pada Kamu itu lebih asyik rasanya Sayang pada Kamu itu lebih indah rasanya Dan ya, Kamu sahaja mencukupi buatku. Apa pun dia, n ikmat atau ujian. Selagi keduanya  mendekatkan aku pada Kamu, menemui aku kepada Kamu, membuatkan hati aku terus menangis untuk Kamu, dia hadiah yang tidak terharga. Terima kasih.

090: Berlalu

Image
Katanya kita tidak serasi. Lalu aku berlalu pergi. Mencari bahagiaku sendiri. Jauh sudah aku berjalan. Terasa dipanggil dari kejauhan. Kau yang pinta aku berlalu, bila menjauh, kau minta aku mendekat. Apa yang kau mahu? Biarkan aku. Biarkan aku. Kau dan aku, katanya tidak mungkin akan bersama. Jadi, apa yang kau mahu? Biarkan aku. Biarkan aku. Aku bahagia disini. Aku bahagia sendiri.

089: Turning table

Image
All this time, after you've built walls to keep people away. After you wear a different skin, a solemn mask to shed tears and emotions into invisibility. After you promise to never trust. After you said to yourself to never fall. After nights of pain and agony. After nights of trying to forgive. After days and months of building a fort. After being convinced that men are emotionless deceitful human being. After you feeling ready to face this world alone. After making plans and dreams with only you in the picture. After you are about to sail away. You meet someone, and you start to question. What has come over me? I wish you knew before all these afters. But it doesn't matter. It doesn't matter anymore. Unless....