Posts

086: Pulang

Aku mahu pulang jauh ke sana. Di negeri kita tersenyum bahagia. Ombak yang menerjah kita tabahkan bersama. Dengan tawa yang menjengah malamnya. Aku mahu pulang jauh ke sana. Di negeri kita bergurau senda. Baik buruknya kita sesama. Bersatu tetap, diterima jua. Aku mahu pulang jauh ke sana. Di negeri punyanya ketua. Kita bergelak dalam tangis duka. Kerana bersama kita bahagia selamanya. Kita. Ya, kita. 

085: Kembali ke sini

Aku singgah semula ke sini,  kerana dunia lain seakan mencengkam, dan membunuh jiwa aku. Bukan ini bukan persinggahan.  Ini rumah aku di alam maya, tempat aku lari semula untuk terus kembali waras. p/s: Dan aku kembali mengisi kalian dengan dua puisi (?) yang aku simpan dalam kota draft aku buat sekian lama. Aku post keduanya sebab rasanya macam bertepatan dengan situasi aku sekarang. Heh, konon. Dah. Bai. *awkward*

084: Sebentar sahaja

Bagaikan angin, datangnya seketika. Meniup dan berlalu lembut di pipi Menari dalam buai yang mengasyikkan Jiwa terasa tenang dalam indahnya ia Disaat pergi, dicarinya lagi sehingga terpijak duri duri  terluka diri kadang langkah itu membawa ke tepi kelam dan membenam sepertinya dalam mimpi memanah jiwa sepi penat perjalanan ini jauh sekali entahkan bila datangnya lagi harapkan angin meniup pergi

083: Kau, aku & dia.

Suka? ya aku pernah suka kamu. tapi ini bukan cinta. Suka? ya tak perlu aku selindung, tapi lain keindahannya. Jangan ganggu cinta aku hanya kerana perasaan suka. Jangan ganggu getar hati ku, kerana yang ini untuk selamanya. cinta aku pada dia. dan juga Dia yang satu. cinta aku pada dia, tiada lain. cinta aku pada Dia, itu abadi.

082: Menulis dan beberapa hal yang tak dapat diungkapkan

Hello! Aku rasa aku patut buat blog baru kot. Nak lari sikit. Hihi.  Atau kita tak payah buat blog, kita menulis je dalam buku lebih baik, lebih privasi, lebih menyendiri. Tapi rasanya akan/mesti buat satu blog khas untuk brush up skills aku dalam penulisan. Mana tahu tengah syok tulis-tulis, tiba-tiba orang dari majalah LIBUR singgah baca. Untung-untung dapat jadi travel writer, ye dok? Berangan saja. Tapi angan-angan boleh jadi kenyataan bukan?

081: Dalam keterlupaan, rindu itu menjengah.

Sudah lama rasanya jari jemari tidak menapak di ruangan ini. Rindu. Tapi dayanya tiada. Benak ini lebih suka menyendiri. Menapak dalam ruang fikir sendiri. Terasa dalam tempoh waktu ini, kata-kata dan tulisan bukanlah aspirasi dalam melampiaskan rasa. Terlalu asyik termakan pujuk rayu alam fana. Terlalu risau akan sesuatu yang pastinya tiada. Terlalu mengeluh pada perkara yang selayaknya diludahkan. Aku mengikut arus. Sehingga tenaganya tiada untuk ke tebing. Aku kalah buat sekian waktu. Sehingga terpaku aku bila ditampar. Nah rasakan, selayaknya dihenyak sahaja kerana mendusta. Melupa. Ah, manusia. Itulah ragamnya. Sudah banyak Dia beri, apa lagi yang mahu dicari. Lunaskan sahaja rindu di hati. Kerana Dia, itu pasti. Tiada waktu yang lebih baik untuk bulan Rahmat ini tiba. Kerana cahayanya terang sehingga membangunkan aku. Terkesima. ....masa untuk kembali.

080: Happy 5 month-sary, love!

There's something about having a father that makes you feel more secure. It doesn't matter if his belly is bloated and he don't even know a thing about martial arts. When he is there in your life, you know there's always one person that gets worry about you and will protect you with whatever shit you have to face. It's different now. Somehow now you feel more secluded from the world. You want something, but you don't really care if you have it either. You have vision, but it seem clouded and you aren't that eager now. Everything seems pointless. Detach. Yes, that's the word for it. And one thing, you learn to live by yourself. You learn to be super independent, more independent than you already are. Yes, there's whole family supporting you but no, it's not the same. Not the same anymore. The secure feeling you had for this world is gone now. So you have to gear up yourself to make it secure. It's hard...